New Hobby?
Tuesday, 15 August 2017
Assalamualaikum and Hai ! Lama dah tak berblogging ni haa. Mun baru jumpa hobby baru hehe. Lebih kurang je ha macam hobby lama. Nak tengok tak hasilnya ? Jeng jeng jeng...

Sari Yanti

Syatilla Melvin

Neelofa

Hanis Zalikha

Nabila Razali

Ni je lah yang mampu. Mun pun dah nak start sem seterusnya, bertambah busy lah sis lepas ni :P
Mun selalu update benda benda macam ni dekat ig ni @_munirhh

p/s : Nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha dan Happy Deepavali (walaupun lambat lagi)




Roommate Tersayang
Tuesday, 2 May 2017
Assalamualaikum and hai gaiss. Lama dah tak mengupdate blog ni. Today Mun nak cakap pasal roommate or orang sekarang eja 'rumet' je. Mun bangga jugak sebab ada roommate yang memang awesome sangat 😚Kejap Mun letak gambar okeyy


Ni lah muka roommate Mun. From left Adi, kamus bergerak ! Hahaha well dia memang terer english, so perkataan yang kami tak tahu or apa apa ayat yang kami tak tahu nak buat kami memang refer dia lah more than google translate ofcourse. Dia ni kalau orang cakap pasal 'lelaki' memang dia akan buat dont know je. Suka menyendiri gak nih, well student sains study 24 jam ni 😚

Next to me, Ain *girl in blue*. Nampak je diam dia ni, padahal bising. Semua lagu dia tahu. Kalau nyanyi then berhenti je mesti dia akan sambung 😐 Dia ni baik, lemah lembut je orang dia. Cakap pun lembut. Suka cakap dia gemuk padahal kurus je pun. Dia ringan dari Mun okey !

The one from right, Syimah ! Ha dia ni roommate merangkap classmate, tablemate, groupmate dan semua benda yang ada hahahaha. Dia ni mudah terhibur, sekali dengan Mun akan gelak kalau dia gelak. Teman bergossip ni tidak boleh berpisah hahahaha

Tiga tiga orang ni CARING okey. Pendengar yang setia pulak tu. All my problem yang depa boleh tolong memang depa akan tolong. Tapi kalau bab nak nasihat orang fuhhh, sampai Mun terdiam seribu bahasa tak mampu nak lawan balik sebab terlampau deep 😂 Ada one night tu kami pasang lagu kuat kuat zaman dulu masa Mila, Akim, Aril kami nyanyi sampai lah memasing nak tidur baru kami tutup lagu tu. The moment yang tak boleh lupa ofcourse time semua nak cepat pergi dengar ceramah PU Yeob *kalau tak salah* sebab dah lewat sampai semua lupa bawak kunci bilik hahahaha. President kolej pulak tak ada dekat kolej time tu, so kami terpaksa lah pergi dengar ceramah dulu then balik mereput dekat laluan susur gajah (laluan berbumbung ada kerusi) tunggu president sampai. Ain and Syimah ni berjaya paksa Mun makan tempe yang Mun tak suka sangat now dah suka gila *teringin nak makan sekarang pulak hmm*. Kami selalu basuh baju dan sidai baju sesama, boleh menyembang dalam bilik air dan dekat ampaian hahaha. Rajin gak ah jogging petang petang, beriadah katakan. Pasal jiran bilik sebelah, kasut jagung, bilik misteri, anjing, kasut adi, mandi hujan, crush dan macam macam lagi kalau nak diceritakan tak terbaca kang hahahaha.


Mun sesaje je buat gambar dekat atas ni haa sebab bosan sangat duk rumah hahahaha. Tapi sampai sekarang tak siap lagi sebab Mun terlampau malas plus tak terer nak buat bahagaian muka tu huhu.

Sampai sini sahaja entry Mun. See you soon ya ! Tata 😉😉

p/s : Kepada calon SPM 2016, goodluck tunggu result UPU yang bakal tiba. Semoga dapat masuk uni ! Yang tak dapat jangan kecewa okey, rezeki Allah di mana mana.




Freebies Doodle Part 9
Friday, 16 December 2016
Assalamualaikum dan hai ! Freebies doodle back again and again ! Hahahaha. Ni lah orang kata, time free kena lah isi masa dengan hobi kan ? Berdoodle dan berpotret ni lah my hobby :) Tu je yang i tahu buat. Doodle kali ni berinspirasikan OOTD Neelofa.


p/s : Maaf atas segala kekurangan.




Freebies Doodle Part 8

Assalamualaikum gaisss, i'm back with freebies again ! Entah kenapa rajin pulak kan nak buat. Hahahahaha, This time doodle Munirah berinspirasikan gambar Wawa Zainal yang kat atas tu dan ini hasilnya :D



TADAAAAAA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Okey ni ada warna lain lagi :)







Freebies Doodle Part 7
Sunday, 11 December 2016


Assalamualaikum semua ! Freebies doodle kini kembali ! Setelah hampir 2 tahun setengah Munirah tak buat doodle. Hilang habis semua skill :( Orang cakap nak pandai nak terer kena praktis selalu kan ? Tapi apakan daya, benda dah berlaku. Huhu. Ni terajin buat pun sebab first week sem 2 tak ada lagi assignment atau tuto yang kena buat, tu yang boleh terciptanya freebies ni :D Doodle ni inspirasi daripada gambar Munirah sendiri tau ^^


p/s : Ambik je no need to let me know :) Nama pun freebies kan :)





Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Tapah
Tuesday, 31 May 2016
Assalamualaikum guys. Lama tak update blog. Berkurun dah rasanya nih. Haha. K, kita continue dengan tajuk kita. Alhamdulillah, syukur sangat, dengan berbekalkan result SPM yang tak sampai pun 4 A, munirah diterima masuk ke UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah untuk sambung diploma Statistik. (Ni pilihan ke-3 dalam upu sebenarnya). 

Result upu keluar 16 Mei 2016, tarikh masuk u 24 Mei 2016. Only one week sahaja diberikan untuk prepare barang-barang nak bawak. For me yang tak pernah tinggal di asrama ni (pernah sebenarnya, 6 hari je dekat MRSM Langkawi, then balik rumah tanpa sebab yang munasabah and continue sekolah harian) susah la sikit kan kalau tak pernah stay asrama. Dia punya feel lain sikit. Haha. Tapi tak apa, demi nak sambung belajar, munirah relakan diri ke uitm tapah. Agak jauh perjalanan dari Langkawi nak ke Tapah sebenarnya. Kitorang satu family pergi sana sehari sebelum tarikh 24/05 . First time jejak kaki dekat sana, rasa macam, wow, lawanya uitm ni. Maaflah gambar bilik tak sempat snap sebab busy nak isi borang-borang pendaftaran tu. Ni je gambar yang ada.

Ni lah rupa biliknya dari luar.

Ni pulak fakulti yang ada depan kolej Beta.

Ni blok Beta 7 di mana saya tinggal.

Lupa nak bagitau, pasal pemilihan bilik/blok diorang yang akan bagi dekat kita masa masuk dekat gate uitm. Time tu tengok sendirilah korang dapat Alpha ka Beta for girls. Lelaki hanya ada kolej Gamma sahaja. Contoh no.bilik A02-03-01. Maksud nombor tu Alpha 2, aras 3, bilik nombor 1. Same goes to Beta. Jangan risau, lepas daftar parents korang dibenarkan untuk bawak korang pergi beli barang yang tak lengkap or pergi makan ke apa. Bahagianya time aku mds, pukul 6 baru start. So sempatlah tidur mandi-mandi dulu. 

Uitm kawan munirah, diorang mds pukul 3 dah start. Setiap uitm kan tak sama, sabo je lah. Bukan nak tipu lah, tapi serius best gila. Untuk orang macam munirah yang tak biasa tinggal dekat asrama nih, for the first and second day, rasa lain lah sikit, tak selesa or something, tapi hari ke-3 dah okey dah. Rasa bahagia jee haha. Dan... lagi satu kebahagiaan bila korang dapat tahu habis je mds korang boleh balik rumah for a week !!

Kat sini tiket bas korang jangan risau, ade je kaunter kat dalam kampus ni untuk beli tiket bas. Ada dekat Pusat Pelajar. Atau nanti time korang mds, OC korang akan tanya siapa nak beli tiket bas, haa time tu mengaku je lah nak beli, jangan diam pulak, kang tak reti beli.

Okey dah dah pasal benda ni semua, jom start pasal Minggu Destini Siswa (MDS).

Untuk first day, korang kena dengar betul-betul, kalau diorang cakap jangan bawak x-ray, korang JANGAN bawak. Nanti kalau korang bawak jugak, korang usunglah x-ray tu sampai pukul 12 malam. Munirah bawak x-ray sebab time tengah turun tangga, ada orang lari ambik x-ray dekat bilik, dan ada jugak yang lari simpan x-ray. So, agak konfius dan ingin menyelamatkan diri mana lah tahu memang kena bawak kan, Munirah pun bawaklah turun jugak x-ray tu. Tup-tup kena marah "Kan saya dah pesan, x-ray tak payah bawak !". Korang tak ada masa tau untuk pergi simpan balik, so usung je lah benda tu.

Habis je solat maghrib dan isyak dekat Pusat Islan, kitorang kena berjalan balik dekat cafe untuk dengar taklimat daripada JPK dan Polis Bantuan. Around 12 lebih baru boleh balik kolej. Haa time tu memang penat nak mampus lah, kena tidur awal kalau tak kau takkan sedar pukul 3.30 pagi untuk mandi.

Second day,  Munirah bangun seawal 3.30 pagi untuk bersiap. 4.50 semua kena ada dekat depan Beta 12. Dengan tidur tak cukup apa semua, bersiap dan lari turun bawah untuk beratur. Begitulah hari-hari seterusnya.. 

Dan malam terakhir mds diorang ada buat malam kebudayaan atau diorang panggil Malam Aspirasi Seni. Haa, time ni semua kolej menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan. Tak kira lah lakonan ke, sajak ke, whatever lah. Setiap group akan dapat hadiah even korang group yang dapat nombor last sekalipun. Kitorang buat malam aspirasi seni ni dekat plaza pentadbiran. Kitorang tak ada dewan besar yang boleh memuatkan hampir 1000 orang dalam satu tempat. So kitorang menyempit dekat sini je lah ramai-ramai.


Malam Aspirasi Seni !

MDS ni best sebenarnya walupun kekadang menyeksa jiwa dan raga hahaha. OC atau nama panjangnya Orientation Community ni sebenarnya baik-baik semua. Diorang garang time mds nak ajar kita cara menghargai masa. Supaya kita tak lengah-lengahkan masa bila kuliah dah start nanti. Tak de lah sampai lewat ke kuliah nanti.
Okey tu je. Apa-apa pertanyaan pasal mds ni mohon contact Twitter atau Facebook saya ye. In sha Allah, saya akan jawab as soon as possible :)
Selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak !




Tempahan Doodle (Kak Watin Wardah 2)
Thursday, 24 July 2014


Assalamualaikum semua :) Apa khabar ? Sihat ? Macam mana puasa ? Okay ? Ada tak yang tinggal puasa dekat sini ? Haa, kalau tinggal tak dapat duit raya tau.. Hehe

Entry ni sebenarnya about tempahan daripada my customer yang sangat penyabar dan sangat baik iaitu Kak Watin Wardah ! Nak tengok tak doodle yang dia order ?
Ni doodle nya..



No curi-curi tau !

p/s : Selamat Berpuasa Blogger semua ^^




Tempahan Doodle (Kak Watin Wardah)
Wednesday, 4 June 2014

Assalamualaikum semua :) Sihat ? Macam mana holiday ? Okay ? Mesti ramai dah yang pergi melancong kan ? ^^ Anyway, this entry about tempahan doodle daripada Kak Watin Wardah :)

Doodlenya bertemakan gambar Mawar (isteri Fizo Omar).
Tak semestinya sebijik-sebijik macam dalam gambar.
Bergantung pada permintaan customer.
Saya hanya mengikut permintaan daripada customer saya je ^^


Dan ini hasilnya ...


Kalau ada yang ingin buat tempahan boleh terus contact saya di facebook ye :) Tiada had umur :3

p/s : Jangan kidnap doodle yang ada di dalam blog ini ye. Kerjasama anda amat dihargai.

Labels: , , ,





Tempahan Doodle (Kak Rosniwati)
Thursday, 29 May 2014

Assalamualaikum bloggers XD
Apa khabar ? Sihat ? Sorry lama tak update sebab busy dengan exam :3
Tapiiiii, apa yang menariknya cuti sekolah ni, dapat relax-relax sebab cikgu tak bagi homework XD

Okay, berbalik pada tajuk entry ni..
Haa, sebenarnya minggu lepas kak Rosniwati ada tempah doodle daripada saya..
Kak Rosniwati ni memang minat sangat dengan warna pink XD
Sebenarnya, saya jugak minat warna pink, sebab warnanya lembut, comel dan sebagainyalah XD
Ini dooodle yang ditempah oleh kak Rosniwati...




Peringatan ! Jangan sesekali curi doodle yang ada di dalam blog ni KECUALI freebies. Harap korang faham, saya cakap dengan manusia yang ada akal, bukannya dengan lembu.

Kalau nak, boleh order, dekat facebook saya.
Nak tengok detail, tekan button ni   dekat sidebar.

p/s : Kes kecurian dah berleluasa sekarang ni.

Labels: , ,





ANYS SYUHADA BOUTIQUE
Ellloooooo korang semuaa! :)

Hari nie Munirah nak kongsikan sikit tempat seronok nak bershopping. Tempat nie namanya 'ANYS SYUHADA BOUTIQUE'. Butik nie kat tanjung malim. Macam2 ada kot kat butik nie. Tops, skirts, palazo, long dress n macam2 lagi wuuu. Lawa2 semuanya.

Bukan tu je, butik nie pun ada jual produk2 lain macam produk kecantikan, cookies, shawls, accessories. Mesti korang yang baca pun macam tak sabar nak serbu je kann. nanti free2, boleh singgah weyhh. Berbaloiii pergiii.

LOKASI : TANJUNG MALIM
LANDMARK : BERHADAPAN SMK KHIR JOHARI. BERSEBELAHAN AL-IKHSAN. ATAS KEDAI KEK KIA ABDUL. DAILY OPEN FROM 11-8PM.

CLICK SINI :
FB : https://www.facebook.com/byAnysSyuhada
INSTA : @by_anyssyuhada
WHATSAPP : 013-4867221






NURSING WEAR FOR MOMMIES
Assalamualaikum semuaaa.

Entri hari nie lebih kepada perkongsian sikit. Perkongsian ini lebih kepada mommies2 and bakal mommies2 hehe. Hari nie Munirah nak kongsikan pasal 'feedmilk'. Feedmilk nie jenama baju menyusu pertama di malaysia tauuu.

Biasanya kat pasaran tu, 93.9% baju menyusu tak lawa. Nampak hodoh je. Akak2 yang berumur 24 tahun pun nampak macam 34 tahun. Siannn diorang kann. So, baju menyusu feedmilk nie direka khas untuk menyelesaikan masalah mereka.

Nak tahu lebih lanjut ? klik sini :
Website: www.feedmilk.com
Facebook: www.facebook.com/feedmilk
Instagram: @feedmilk











Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Let's Chat