Photoshop Tutorial (Create an Awesome Name)
Wednesday 11 April 2012
Assalammualaikum, hari ni munirah nak buat tuto tentang photoshop. ni lah first time rasanya buat tuto pasal benda ni -_-
Tanpa membuang masa, lebih baik kita mulakan sekarang. Untuk pengetahuan korang, tuto ni banyak menggunakan gambar, so kalau tak faham korang bagitau lah ye :)
Mula-mula korang download dulu font yang sesuai. Munirah selalu guna font Fishbowl. Sebab tulisan dia tu tebal. Kalau korang nak download tekan je gambar kat bawah ni.


Lepas tu, dia akan bawa korang dekan satu laman web, korang tekan je perkataan download. macam dalam gambar bawah ni. *tekan je gambar tu kalau tak nampak



Lepas dah selesai download, korang tekan right-click dekat font tu, dan extract je teros dekat
Windows > Fonts
Pastikan proses mendownload font ni selesai dengan cepat lah, kalau tak lambat lah nak buat benda lain.
Now, buka photoshop korang, tak kisah lah CS berape pon tak pe.
File > New
Setkan width = 1400 px dan height =  900 px
Jangan silap taip tau. NI hanya tuto, nanti kalau dah pandai, buat lah ikot suka hati :)
Next, korang pilih la GARDIENT TOOL.



1. Pastikan korang pilih benda yg betol, iaitu Gardient Tool.
2. Korang pilih la warna putih dengan warna kelabu dahulu untuk permulaan. Macam dalam gambar ni.



3. Pastikan korang klik dekat button ni

Kalau dah selesai step di atas, kita sambung pula dengan step yang lain.
Step ni korang tekan new layer dekat bawah macam dalam gambar ni.



Korang klik dekat layer 'background', right-click then tekan delete layer. Sekarang, korang pastikan korang sedang guna gardient tool, tadi, korang tekan dekat tengah dan tarik terus ke hujung penjuru. Tengok dalam gambar.


Lepas dah siap buat gardient background, korang tekan lah huruf T dekat tepi tu, then, korang pilih la jenis font tu, size font dan jugak warna font tu.


Warna dan size ikot suka korang lah, ni cuma contoh. Kalau boleh, korang buat la dua warna macam ni.



Now, korang pegi dekat layer yang korang tulis nama tadi jugak, then tekan right-click. Tekan Blending Option. Dan ikot step kat bawah ni. Ikot dengan teliti dan pastikan betol.




Korang jangan silap langkah, dan pastikan tiga benda tu di TICK kan. Hasilnya akan jadi macam ni.


Lepas dah siap buat tu, korang pegi dekat layer yang korang tulis nama tadi, tekan right-click dan pilih Duplicate Layer.


Korang hanya perlu tekan OK. dan dia akan jadi macam ni.


Sekarang, tekan layer yg korang duplicate tadi tu, tekan right-click dan tekan Rasterize Layer.


Kalau dah ikot semua step dekat atas, korang tekan Filter > Liquify
Ubah lah dulu benda ni ikot suka korang. Yang lain jangan ubah tau. Yang saya tunjuk sahaja.


Lepas itu, korang mulakan Liquify text korang tu.


Dan lihatlah hasilnya.


Kalau nak bagi lawa lagi, korang tekan dekat layer text korang tu, then, tekan blending option, dan tick dekat Stroke. Pilih la warna yang sesuai untuk stroke, lebih baik guna warna putih. Dah pilihlah size yg sesuai.


Korang buat lah satu lagi layer yang baru, dan gunakan lah brush untuk tambah kan keceriaan macam saya buat ni.


Kalau korang rase benda tu terlampau banyak ruang, korang boleh crop. Dalam gambar ni ialah button crop. crop la macam mana pon tak pe :)


Ni contoh gabar yang saya crop. Saya crop sikit je.


Dan save. Pastikan korang save file PNG tau :)


Tengok lah hasilnya, ni hasil yang saya buat,


Kat sini, sini, sini, sini dan sini pon ada. Selamat Mencuba. Sorry kalau korang tak faham tuto ni. sebab saya pon belajar sendiri je ni. Sebab tu tak cantik kan ?

Labels:



3 Comments:

Blogger Wan Syuhada said...

Cantiik ! Nice tuto ! Saye daa try wat n jadii..:D

11 April 2012 at 20:41  
Blogger Munirah said...

Hehe, Terima kasih :)

11 April 2012 at 21:31  
Blogger Pixie Dust said...

Dari mana awk dapat yg love tu ? COmel la . awk buat sendiri ek?

26 October 2012 at 19:46  

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun