The Moment (PLKN)
Monday 19 November 2012

Assalamualaikum semua, today, nak cerita tentang pengalaman dan memori !
Ni semua memori munirah dekat Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) #Langkawi !
Seriously, best pergi sini, munirah start pergi sini masa 2009. Masa darjah 5. Tapi tak ingat dah. Ni gambar semua ni masa darjah 6 ! Best ! After UPSR #Kalau tak silaplah :)
Cuba lihat gambar pertama iaitu gambar ni...


Kitorang semua kena jalan macam ni ada sebabnya...
Masa kami semua buat aktiviti Jungle Trekking, memang best, jauh perjalanannya, tapi permandangannya sangat cantik. Kami dapat tengok tempat-tempat perkhemahan pelatih diorang dulu-dulu. Tapi dekat-dekat nak keluar dari hutan tu , kawan munirah iaitu Afiqah sakit, tak ingat dah sakit apa, tapi masa tu dia tak boleh nak jalan macam biasa, dia kena jalan kangkang. Sebaik keluar je dari hutan tu, kami kena berlari anak dan bernyanyi lagu, ape tah, tak ingat jugak. Ketua pasukan yang bawak kami tu Namanya Encik Asri. Tu yang galas tali dekat bahu dia, maaf tak nampak muka :3 Lepas berlari anak, Afiqah tu rasa sakit sangat dah, gambar ni sebenarnya dah dekat-dekat nak sampai dengan tempat latihan khidmat negara. Kebanyakan dari kami ketawakan Afiqah sebab caranya berjalan. Encik Asri tu tiba-tiba je cakap "Baiklah, semua orang duduk ! Dan berjalan macam Afiqah !" Semua terkejut, tapi kami semua ikot arahan tu. Tu yang jadi macam dalam gambar ni . HAHA ! Memang best gila kot time ni !

Gambar kedua pula...

Ni gambar masa kitorang nak naik ape benda tah. Tapi seriously best ! Air tu tak dalam, memang lah est kalau jatuh, tapi best ke jatuh dalam air yang dah berapa tahun tak tukar ? :3 Dasyatkan ? Semua orang takot nak jatuh dalam air tu, munirah tak kena air tu masa naik benda ni, Alhamdulillah :) Siapa yang berat-berat sikit, kenalah air tu :3

Ni gambar ketiga..

Sebenarnya, time ni , kami berkumpul dulu sebelom kami pergi jungle trekking . Diorang kumpulkan semua orang sebelom bergerak, duduk dalam kumpulan masing-masing.

Gambar keempat..

Ni paling best sekali, kami naik..... FLYING FOX ! Jyeah ! Best sesangat benda ni. NI kenalah beratur, sebab terlalu ramai yang nak naik benda ni . Sambil beratur tu, kami sembang-sembang lah dulu :D

Gambar Bonus..


*gambar Blurr*


Ni lah orang-orang yang jadi sukarela nak naik dulu FLYING FOX ni :)
Diorang semua berani, HAHA ! Kami lebih suka naik lambat-lambat, sebab takot ! Gayat ! Tinggi, yang jaga kami kat atas tu Encik Asri lah !
Okay, setakat ini sahaja . Bye ! Assalamualaikum !

P/s : Maaf, post TERpanjang pulak. HAHA


4 Comments:

Blogger Vanila98 said...

teringat masa saya kem thn 6 dulu, best naik flying fox~! XD :D Air yang dh lama x ditukar? euww... kang ada nyamuk aedes kang XD

19 November 2012 at 06:24  
Blogger Munirah said...

haha, itu lah, masa kami nak naik tu, semua takot jatuh dalam air tu, diorang saja buat macam tu nak bagi bersemangat ^^

19 November 2012 at 17:42  
Blogger Unknown said...

Wahhhh bestnya :DD

21 November 2012 at 10:53  
Blogger Munirah said...

Hehe :)

22 November 2012 at 16:47  

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun