Kursus Kepimpinan Pengawas
Thursday 14 March 2013
Hai ! Assalamualaikum ^^ Korang ape khabar ? Sihat ? Lama jugak tak update blog ni, dah berhabuk dah pon. Kalau setakat nak online facebook, sempat lah, nak update blog ni makan masa sikit :3
Munirah nak cerita jugak pasal ber-kem-ping ni ^^ Best lah jugak (7.3.2013). Tapi hari mula-mula kami dah kena buat, tekan tubi, bergolek atas batu, lompat bintang dan apa benda tah yang letak tangan dekat belakang tu. Kena buat atas batu panas pulak tu. Seksa :3 Then, malam tu pulak, kami buat night walk. Sebenarnya, memang nak buat dekat hutan, tapi jalan tu diorang tengah baik pulih, so kami buat night walk sorang-sorang atas bangunan yang kelam dan paling penting diorang bagi naik seorang diri sahaja. Then ada satu lampu merah yang berkelip-kelip, kena ikot lampu tu sampai masuk satu bilik, lepas tu tulis nama kita dalam bilik tu. Ada kertas disediakan. Tulis ikot nombor yang kita dapat. Kalau salah nombor, kena naik lagi sekali. Seram woihh, ada yang jerit, ada yang menangis dan ada yang pengsan.

Tapi, bila turn munirah naik tu (nombor 38/112), munirah buat muka blurr tak ada perasaan, bila masuk ja dalam bilik nak tulis nama, munirah tak pikir panjang dah, ambil pen, terus tulis nama 'Munirah' ja. Lepas tu, time nak keluar dari bilik tu, meja bergoyang then kursi pon bergoyang sekali, munirah just beranikan diri. Masa nak turun dari bangunan tu pulak, ada satu patung ke apa entah, ditutup dengan kain warna hitam, time tu yang munirah takot, Munirah jalan slow-slow then terus lari turun tangga, nasib tak jatuh tangga :3

Memori tu memang tak boleh lupa. Siang tu (8.3.2013), kami kena cycling jauh sikit je pon, then buat aktiviti yang senang-senang dalam kumpulan je. Then semua orang laki pergi solat jumaat. Petang tu pulak, kami buat aktiviti compass apa entah. Best gila aktiviti tu. Aktiviti tu kena banyak berlari, pantas, tepati masa, dan saling bekerjasama. Kumpulan kami dapat nombor 2 je :) *bersyukur dah ni*

The last day, kami gotong-royong, buat acara penutup then tunggu bas nak balik :3 Time ni lah kami gunakan masa untuk snap gambar :D Tengok gambar dekat bawah ni kalau anda rajin ^^





















Banyak woooo :D Okay lah. Sampai sini je entry kali ni. Entry seterusnya tak tahu bila lagi :3 Apa-apa pon, terima kasih kepada yang rajin membaca entry ni ^^ Assalamualaikum.

p/s : Entry seterusnya maybe 2 bulan lagi. HAHA :P






2 Comments:

Blogger Unknown said...

bestnyaa buat kursus kepimpinan kt luar sekolah >.< kalau saya , kat dalam sekolah jee . boringgg

14 March 2013 at 22:47  
Blogger Munirah said...

Hehe, Alhamdulillah, best jugak buat dekat luar sekolah ni. Tahun lepas dalam sekolah je ^^

22 March 2013 at 00:34  

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun