Rindu Arwah :'(
Friday 2 August 2013


Assalamualaikum, hai, apa khabar ? Semua sihat ? Munirah harap korang semua dalam keadaan sihat wal'afiat :) Munirah baru je lepas TRIAL PMR baru-baru ni. Munirah dah buat yang terbaik, Munirah tak pasti dengan keputusan TRIAL tu -.-'' Nevermind . Korang, sebenarnya, entry kali ni, Munirah nak cerita pasal sorang kawan Munirah, Mohd Helmi, yang baru sahaja meninggal dunia pada 31 Julai 2013, lepas solat tarawih. Dia meninggal dalam keadaan yang mengerikan. Munirah menangis lepas kawan cakap dia dah meninggal. Ceritanya macam ni,

" Lepas solat tarawih, Helmi nak pi isi minyak dekat temonyong, tengok-2 stesen minyak tu tutup. Dia pi dekat Petronas Kedawang. Lepas isi minyak, on the way nak balik, dia terlanggar seekor lembu hitam. Dia terpelanting jauh seberang jalan. Lembu yang dia langgar tu mati masuk dalam bendang (sawah). Helmi tak boleh nak bangun sebab cedera terok. Tiba-tiba kereta jiran dia langgar dia. Kepala dia pecah sebelah, otak dia berkecai, kaki dia sebelah kanan terlipat naik atas, pinggang dia terpusing. "

Ya Allah, ramai sangat orang yang pi tengok dia. Terutama kawan-2 dia. Munirah tak pi, takdak kenderaan sebab tempat dia kemalangan tu jauh dari rumah Munirah. Munirah hanya mampu menangis dan berdoa untuk dia. Malam tu jugak ambulan bawak dia p hospital untuk nak betulkan balik semua bahagian badan dia sebelum dikebumikan.

Keesokan hari (1.8.2013), hari last TRIAL PMR iaitu Paper Kemahiran Hidup. Helmi tak sempat nak jawab paper KH :( Boleh dikatakan semua Form 3 sedih sebab kehilangan dia, Semua orang takda mood nak study. Bila nak jawab exam, mesti Munirah akan pusing tengok tempat dia jawab exam sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Munirah tak percaya semua ni berlaku. Sebab hari Rabu tu (31.7.2013) dia melawak dengan cikgu-cikgu, dengan kawan-kawan dia. Munirah masih ingat lagi senyuman dia sampai sekarang.

Antara perubahan dia sebelum dia meninggal :

1- Dia mintak kek dekat tok dia, tapi tok dia tak bagi. Tok dia tak sangka tu permintaan terakhir dia.
2- Dia mintak maaf dekat semua kawan-kawan dia.
3- Dia dah tak pergi tengok adik Munirah (Husnina). Selalunya dia akan ikot kawan-kawan dia pi kelas adik Munirah sebab dia nak jumpa adik Munirah. Tapi, hari rabu tu, dia tak pi dah. Dia hanya tunggu dekat garaj ja. Dia sebenarnya suka dekat adik Munirah, tapi hajat dia tak tercapai. Pesanan terakhir dia dekat adik Munirah "Jaga diri elok-elok, jangan bagi apa-apa berlaku dekat Nina".
4- Dia peluk kawan baik dia atas motor. Sebelum ni dia tak pernah buat macam tu.
5- Sebelum dia pi solat tarawih, dia tengok almari dia lama sangat. Lepas tu dia tenung muka mak ayah dia. Lepas tu dia pi main dengan anak saudara dia.
6- Malam tu, dia macam teragak-agak nak keluar rumah ataupun tak. Dia keluar, then dia masuk balik. Lepas tu dia keluar balik.

Tu semua antara perubaha dia setakat yang Munirah tahu. Ya Allah, sedih sangat bila mengenangkan arwah. Arwah baik sangat. Seminggu sebelum dia meninggal, dia datang pinjam pen dekat Munirah, lepas tu dia pinjam pensil. Then dia bagi balik. Munirah ingat lagi masa first time Munirah kenal dia, dia pakai baju warna hitam. Masa tu baru umur 12 tahun. Arwah seorang yang periang. Dia suka buat kawan-kawan dia happy. Kematian dia meninggalkan kesan dekat ramai kawan-kawan dia. Arwah anak bongsu dalam keluarga dia. Arwah tak melawan cakap mak dengan ayah dia.

Lepas habis jawab paper KH hari khamis tu, setengah daripada Form 3 semua pi rumah arwah nak tengok arwah sebelum arwah dikebumikan. Alhamdulillah, kawan-kawan dia sempat tengok dia sebelum dia dikafankan. Ramai kawan-kawan dia cakap, muka dia berseri-seri. Muka dia nampak jernih ja dan dia seakan-akan sedang tersenyum. Ya Allah, Munirah harap sangat arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn. Munirah tak sempat nak pi tengok arwah. Munirah takda kenderaan nak pi rumah arwah. Munirah hanya mampu dengar khabar daripada kawan-kawan yang pi ja.

" Helmi, terima kasih sebab jadi kawan aku. Hang baik sangat dengan aku. Setiap kali hang cakap dengan aku, mesti hang buat aku tergelak. Hang suka melawak dengan aku. Walapun benda yang serious, hang tetap buat macam tak serious. Helmi,aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan hang. Aku harap hang dah maafkan aku. Sebab aku dah lama maafkan hang walaupun hang takda salah dengan aku. Hang mati dalam bulan yang mulia, tinggal berapa hari ja lagi nak raya. Aku tak sempat nak raya dengan hang tahun ni. Hang tau dak, ramai kawan-kawan hang menangis lepas dengar berita kata hang dah takda. Hang tau dak, aku menangis sambil aku jawab periksa KH hari khamis tu. Aku tak boleh nak tahan, sedih sangat. Sebab aku tak sangka, kawan yang baik sangat dengan aku, dah pergi buat selama-lamanya. Tak apa lah helmi, aku tak mau menangis sangat, sebab aku tak mau hang terseksa dekat sana. Ikhlas dari hati aku, aku sayang hang sebagai kawan aku. Aku akan sentiasa doakan hang, semoga hang selamat dekat sana. :'( "

Munirah harap, mak dengan ayah dia tabah menerima semua ni. Munirah rindu dia :'( Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Takda sapa sangka dia pergi dulu. Cikgu ada cakap dalam dewan hari khamis tu, "Cuba hampa tengok, kawan kita yang dok ambik exam dengan kita kemarin, kemarin dulu, dah tak dak dah dengan kita hari ni." Munirah menangis terus bila cikgu cakap macam tu. Semua orang tengok tempat dia. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Hmm :'( Sekian, entry pada kali ini. Maaf sebab panjang. Memang takda orang nak baca pon. Insha Allah entry seterusnya pada minggu hadapan berkenaan hari raya. Assalamualaikum w.b.t.


10 Comments:

Blogger munirah :) said...

innalillah. tabah ye , dik? mesti Allah sayang dia sangat-sangat. ajalnya pada hari-hari terakhir Ramadhan, subhanallah. moga-moga tergolong dari orang yang dirahmatiNya. Amiinnn..

2 August 2013 at 06:18  
Blogger Munirah said...

Amin, thanks kak :')

2 August 2013 at 06:21  
Anonymous Pijah. said...

tuhan lebih sayangkan dia. be strong munirah. life must goes on ;)x

2 August 2013 at 06:29  
Blogger Munirah said...

Insha Allah, I will :') Thank You :')

2 August 2013 at 06:39  
Anonymous Anonymous said...

sedihnya, kehilangan kawan rapat. mai tang exam pun hilang fokus. tabahkan hati, slalu kirim doa kat arwah :)

2 August 2013 at 07:03  
Blogger hi said...

Sabar yeee :(

2 August 2013 at 19:06  
Blogger Unknown said...

saya sudi membaca ... al-fatihah ... moga arwah dicucuri rahmat . sedih baca cerita ni . tabah ye , kak . jangan sebab ni fokus terhadap exam terganggu ye :)

2 August 2013 at 19:23  
Blogger Munirah said...

Thanks semua sebab bagi semangat, insha Allah, saya akan fokus kepada exam :') Saya akan cuba tabah dan terima semua dugaan ni :')

2 August 2013 at 22:33  
Blogger Afiqah Junizan said...

Takziah ye, sabar ye munirah. manusia yang hidup akan meinggalkan dunia ini juga. Semoga dia dtempatkan di tempat orang-orang yang beriman, AMINN! Exam tu buat betul-betul. Jangan sampai terganggu. Akak doakan Munirah dapat 8A+ dalam PMR XD

3 August 2013 at 05:15  
Blogger Munirah said...

Thanks Kak Fiqah. AMin.. :)

3 August 2013 at 06:09  

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun