Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Tapah
Tuesday, 31 May 2016
Assalamualaikum guys. Lama tak update blog. Berkurun dah rasanya nih. Haha. K, kita continue dengan tajuk kita. Alhamdulillah, syukur sangat, dengan berbekalkan result SPM yang tak sampai pun 4 A, munirah diterima masuk ke UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah untuk sambung diploma Statistik. (Ni pilihan ke-3 dalam upu sebenarnya). 

Result upu keluar 16 Mei 2016, tarikh masuk u 24 Mei 2016. Only one week sahaja diberikan untuk prepare barang-barang nak bawak. For me yang tak pernah tinggal di asrama ni (pernah sebenarnya, 6 hari je dekat MRSM Langkawi, then balik rumah tanpa sebab yang munasabah and continue sekolah harian) susah la sikit kan kalau tak pernah stay asrama. Dia punya feel lain sikit. Haha. Tapi tak apa, demi nak sambung belajar, munirah relakan diri ke uitm tapah. Agak jauh perjalanan dari Langkawi nak ke Tapah sebenarnya. Kitorang satu family pergi sana sehari sebelum tarikh 24/05 . First time jejak kaki dekat sana, rasa macam, wow, lawanya uitm ni. Maaflah gambar bilik tak sempat snap sebab busy nak isi borang-borang pendaftaran tu. Ni je gambar yang ada.

Ni lah rupa biliknya dari luar.

Ni pulak fakulti yang ada depan kolej Beta.

Ni blok Beta 7 di mana saya tinggal.

Lupa nak bagitau, pasal pemilihan bilik/blok diorang yang akan bagi dekat kita masa masuk dekat gate uitm. Time tu tengok sendirilah korang dapat Alpha ka Beta for girls. Lelaki hanya ada kolej Gamma sahaja. Contoh no.bilik A02-03-01. Maksud nombor tu Alpha 2, aras 3, bilik nombor 1. Same goes to Beta. Jangan risau, lepas daftar parents korang dibenarkan untuk bawak korang pergi beli barang yang tak lengkap or pergi makan ke apa. Bahagianya time aku mds, pukul 6 baru start. So sempatlah tidur mandi-mandi dulu. 

Uitm kawan munirah, diorang mds pukul 3 dah start. Setiap uitm kan tak sama, sabo je lah. Bukan nak tipu lah, tapi serius best gila. Untuk orang macam munirah yang tak biasa tinggal dekat asrama nih, for the first and second day, rasa lain lah sikit, tak selesa or something, tapi hari ke-3 dah okey dah. Rasa bahagia jee haha. Dan... lagi satu kebahagiaan bila korang dapat tahu habis je mds korang boleh balik rumah for a week !!

Kat sini tiket bas korang jangan risau, ade je kaunter kat dalam kampus ni untuk beli tiket bas. Ada dekat Pusat Pelajar. Atau nanti time korang mds, OC korang akan tanya siapa nak beli tiket bas, haa time tu mengaku je lah nak beli, jangan diam pulak, kang tak reti beli.

Okey dah dah pasal benda ni semua, jom start pasal Minggu Destini Siswa (MDS).

Untuk first day, korang kena dengar betul-betul, kalau diorang cakap jangan bawak x-ray, korang JANGAN bawak. Nanti kalau korang bawak jugak, korang usunglah x-ray tu sampai pukul 12 malam. Munirah bawak x-ray sebab time tengah turun tangga, ada orang lari ambik x-ray dekat bilik, dan ada jugak yang lari simpan x-ray. So, agak konfius dan ingin menyelamatkan diri mana lah tahu memang kena bawak kan, Munirah pun bawaklah turun jugak x-ray tu. Tup-tup kena marah "Kan saya dah pesan, x-ray tak payah bawak !". Korang tak ada masa tau untuk pergi simpan balik, so usung je lah benda tu.

Habis je solat maghrib dan isyak dekat Pusat Islan, kitorang kena berjalan balik dekat cafe untuk dengar taklimat daripada JPK dan Polis Bantuan. Around 12 lebih baru boleh balik kolej. Haa time tu memang penat nak mampus lah, kena tidur awal kalau tak kau takkan sedar pukul 3.30 pagi untuk mandi.

Second day,  Munirah bangun seawal 3.30 pagi untuk bersiap. 4.50 semua kena ada dekat depan Beta 12. Dengan tidur tak cukup apa semua, bersiap dan lari turun bawah untuk beratur. Begitulah hari-hari seterusnya.. 

Dan malam terakhir mds diorang ada buat malam kebudayaan atau diorang panggil Malam Aspirasi Seni. Haa, time ni semua kolej menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan. Tak kira lah lakonan ke, sajak ke, whatever lah. Setiap group akan dapat hadiah even korang group yang dapat nombor last sekalipun. Kitorang buat malam aspirasi seni ni dekat plaza pentadbiran. Kitorang tak ada dewan besar yang boleh memuatkan hampir 1000 orang dalam satu tempat. So kitorang menyempit dekat sini je lah ramai-ramai.


Malam Aspirasi Seni !

MDS ni best sebenarnya walupun kekadang menyeksa jiwa dan raga hahaha. OC atau nama panjangnya Orientation Community ni sebenarnya baik-baik semua. Diorang garang time mds nak ajar kita cara menghargai masa. Supaya kita tak lengah-lengahkan masa bila kuliah dah start nanti. Tak de lah sampai lewat ke kuliah nanti.
Okey tu je. Apa-apa pertanyaan pasal mds ni mohon contact Twitter atau Facebook saya ye. In sha Allah, saya akan jawab as soon as possible :)
Selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak !


2 Comments:

Blogger E dutchess said...

Sis..nak tanya..dlm bilik ada tandas ke? Ke..tandas kat hujung blok..i means aras..hehe..

16 May 2017 at 02:52  
Blogger Unknown said...

Tandas ade kat hujung blok.. Awak dpt uitm tapah ke??

18 May 2017 at 19:03  

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Let's Chat