Roommate Tersayang
Tuesday 2 May 2017
Assalamualaikum and hai gaiss. Lama dah tak mengupdate blog ni. Today Mun nak cakap pasal roommate or orang sekarang eja 'rumet' je. Mun bangga jugak sebab ada roommate yang memang awesome sangat 😚Kejap Mun letak gambar okeyy


Ni lah muka roommate Mun. From left Adi, kamus bergerak ! Hahaha well dia memang terer english, so perkataan yang kami tak tahu or apa apa ayat yang kami tak tahu nak buat kami memang refer dia lah more than google translate ofcourse. Dia ni kalau orang cakap pasal 'lelaki' memang dia akan buat dont know je. Suka menyendiri gak nih, well student sains study 24 jam ni 😚

Next to me, Ain *girl in blue*. Nampak je diam dia ni, padahal bising. Semua lagu dia tahu. Kalau nyanyi then berhenti je mesti dia akan sambung 😐 Dia ni baik, lemah lembut je orang dia. Cakap pun lembut. Suka cakap dia gemuk padahal kurus je pun. Dia ringan dari Mun okey !

The one from right, Syimah ! Ha dia ni roommate merangkap classmate, tablemate, groupmate dan semua benda yang ada hahahaha. Dia ni mudah terhibur, sekali dengan Mun akan gelak kalau dia gelak. Teman bergossip ni tidak boleh berpisah hahahaha

Tiga tiga orang ni CARING okey. Pendengar yang setia pulak tu. All my problem yang depa boleh tolong memang depa akan tolong. Tapi kalau bab nak nasihat orang fuhhh, sampai Mun terdiam seribu bahasa tak mampu nak lawan balik sebab terlampau deep 😂 Ada one night tu kami pasang lagu kuat kuat zaman dulu masa Mila, Akim, Aril kami nyanyi sampai lah memasing nak tidur baru kami tutup lagu tu. The moment yang tak boleh lupa ofcourse time semua nak cepat pergi dengar ceramah PU Yeob *kalau tak salah* sebab dah lewat sampai semua lupa bawak kunci bilik hahahaha. President kolej pulak tak ada dekat kolej time tu, so kami terpaksa lah pergi dengar ceramah dulu then balik mereput dekat laluan susur gajah (laluan berbumbung ada kerusi) tunggu president sampai. Ain and Syimah ni berjaya paksa Mun makan tempe yang Mun tak suka sangat now dah suka gila *teringin nak makan sekarang pulak hmm*. Kami selalu basuh baju dan sidai baju sesama, boleh menyembang dalam bilik air dan dekat ampaian hahaha. Rajin gak ah jogging petang petang, beriadah katakan. Pasal jiran bilik sebelah, kasut jagung, bilik misteri, anjing, kasut adi, mandi hujan, crush dan macam macam lagi kalau nak diceritakan tak terbaca kang hahahaha.


Mun sesaje je buat gambar dekat atas ni haa sebab bosan sangat duk rumah hahahaha. Tapi sampai sekarang tak siap lagi sebab Mun terlampau malas plus tak terer nak buat bahagaian muka tu huhu.

Sampai sini sahaja entry Mun. See you soon ya ! Tata 😉😉

p/s : Kepada calon SPM 2016, goodluck tunggu result UPU yang bakal tiba. Semoga dapat masuk uni ! Yang tak dapat jangan kecewa okey, rezeki Allah di mana mana.


0 Comments:

Post a Comment

I will reply your comment as soon as possible ^^





Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun