2014 !
Saturday, 28 December 2013
*tolong jangan ambil gambar ni*
Assalamualaikum dan hai semua :) Selamat datang ke blog yang baru diubah suai ni :) Munirah pon dah lama tak edit blog, ni pon ubah sikit-sikit ja :) Tolong jangan ambil apa-apa benda dalam blog ni tanpa kebenaran ya ? Kecuali yang freebies sahaja. Blog ni tak boleh tekan right-click dan juga guna control key. Ianya adalah dilarang sekeras-kerasnya.
By the way, tempahan doodle dah dibuka ! *sebenarnya lama dah buka* Kalau nak order tekan banner dekat bawah ni atau gambar pixel dekat sidebar.
Now, Munirah nak tanya, dah beli baju sekolah ? Beg sekolah ? Kasut sekolah ? Alat tulis dan sebagainya ? Mesti dah kan ? Sekolah pon dah nak start beberapa hari ja lagi. Harap korang dah bersedia :) Anyway, Munirah ada buat freebies doodle kembali ke sekolah, silakan ambil kepada yang nak ambil ye :)
Sampai di sini sahaja Entry Munirah pada kali ini :) Malas nak tulis panjang-panjang :3 Terima Kasih kepada yang sudi membaca ;)
Labels: Blog, doodle, freebies, new look, new skin, Paint Tool Sai
New Skin !
Sunday, 4 August 2013
Assalamualaikum semua ! Hai, apa khabar ? Korang sihat ? Munirah tak berapa sihat hari ni, demam :( And still rindu dekat arwah :( Korang perasan tak blog Munirah dah bertukar wajah ? Dulu lain, sekarang lain :3 Yang sekarang punya simple je, malas dah nak tambah macam-macam. Well, tengah pening kepala, memang lah tak da mood nak tambah-tambah :3 Korang suka tak ? Kalau tak suka tak pa, bagitau je, tak kesah pon.
Ni ada pantun raya sikit untuk korang, sila baca :
Ketupat rendang kueh bahulu,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku,
Mari bermaafan dihari raya.
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.
Korang, Munirah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !! MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. By the way, hari ni disebabkan demam, TERINGAN tangan pulak nak bagi doodle free. Tapi warna sendiri okay ? Okay lah, selamat berbuka puasa jugak, puasa tu jangan la tinggal kalau takda sebab yang munasabah :) Assalamualaikum ^^
p/s : Doodle tu satu transparent, satu lagi tak. Korang pilih la sendiri ye. Maaf doodle lelaki tak ada. Takda idea nak buat.
Labels: Blog, blogskin, doodle, freebies, header, Paint Tool Sai, Photoshop
LIMA '13
Saturday, 30 March 2013
Hai ! Assalamualaikum warga blogger :3 I'm back to the world of blogger #broken-english Today, Munirah nak share sikit-sikit je lah cerita tentang LIMA ( Langkawi International Maritim And Aerospace Exhibition) 2013, yang bermula 26 March 2013 - 30 March 2013. Sangat-sangat lah awesome sebab Munirah stay Langkawi, so takde lah jauh sangat nak pergi tengok LIMA ni. Kalau tanya tentang JET ni bising atau tak, memang jawapannya tersangatlah BISING. Bergegar rumah :3 Haha. Tapi, berbaloi lah dapat tengok pertunjukan tu semua. LIMA akan datang pada cuti bulan March jugak 2015 nanti. Tak tahu dah nak cerita, kita tengok gambar je lah ye ? * gambar tak banyak sebab malas dah nak snap*
Actually, cuaca panas, so siapa yang pergi tengok, confirm muka dia burn. Dalam masa yang singkat, Munirah dapat siapkan satu doodle. Lama dah tak berdoodle ni. Rindunya :') Nak buat doodle pon tak tahu dah. Haha, tapi Munirah cuba buat jugak, Alhamdulillah, hasilnya macam ni lah
Tak pandailah nak buat peplum ni. Bukannya biasa pakai pon :3 Doodle dekat atas ni lebih kurang macam freebies jugak lah, silalah ambil * buat muka tak malu* Sampai di sini saja lah entry, malas nak tulis.
p/s : Video JET (LIMA) akan diupload bila ada masa. Sekian.
Labels: doodle, freebies, gambar, LIMA'13, Paint Tool Sai, Video
Everything New
Sunday, 10 February 2013
Hai ! Assalamualaikum semua :3 Ape khabar ? Sihat ke ? Lamanya Munirah tak update. Well, start je sekolah terus busy. Terutama dengan homework :3 Setiap 1 hari kalau takde homework tak dinamakan form 3 lah :3 Lahaiii, penat gila. Homework korang mesti lagi banyak kan ? Sape form 3 ? Kita geng ! Hehe, adalah hari tu satu hari, munirah dengan rajinnya membuat doodle for my fanpage profile picture. Ini gambarnya.
Ini pon sempat buat selepas homework siap :3 Nak melukis tu sekejap je, nak mewarna tu yang lama :3 Haha, By the way, korang semestinya perasan kan tentang kewujudan rupa baru blog ni. LOL, takde lah baru, still guna skin yang sama, cuma buat pembaikan je. Ape pendapat korang tentang skin ni ? Okay atau KO ? Haha, kidding okay :3 Di samping itu, *macam nak buat karangan je* Munirah ada jugak buat freebies doodle. Tapi hanya kepala sahaja :) Look at this picture.
*tekan gambar untuk pergi ke link freebies*
Cute tak ? LOL. Kalau dah ambik tu, bagitau lah dulu ye :) Ada 16 warna sahaja. *limited edition* . Korang, Munirah nak pesan ni, tolong lah jangan ambil icon dekat shoutbox tu, sebab yang tu munirah buat sendiri. Munirah tahu ada orang yang ambil. Terutama icon ni,  ,  dan  . Sebab ada blog yang ambil, itu yang munirah pesan ni. Kali ni, tolonglah jangan buat lagi. Sampai sini sahaja, Sekian entry saya pada hari ni. Assalamualaikum, jumpa lagi ^^
p/s : Kalau nak tunggu entry yang baru, lama la sikit nak update, faham-2 je lah ^^
Labels: blogskin, doodle, freebies, new look, new skin
Freebies Akan Datang !
Saturday, 22 December 2012
Hai ! Assalamualaikum. Ape khabar semua ? Mesti semua sihat kan ? Macam mana holiday ? Best tak ? Ke ada yang duduk dekat rumah je ? Hehe, Munirah tak pegi mana pon lagi. Just pegi Alor Star for 3 days. Lepas tu duduk rumah je lah :3 Maklumlah, mak dengan ayah banyak kerja *sebenarnya ayah yang banyak kerja* so tak boleh lah nak pegi jalan-jalan lama-lama macam korang right ? Anyway, munirah ada buat satu collection ke ape benda entah. Haha *tak tahu nak panggil ape* Pasal freebies yang akan datang ni. Cer tengok bawah ni.
Nampak kan beberapa keratan doodle munirah yang akan datang kan ? Doodle ni doodle pengantin sebenarnya :3 Doodle ni dalam proses nak siap *sebab tu takde warna* Ada lelaki dan juga perempuan. Mesti korang dapat teka dah kan macam mana rupa doodle ni ? Hehe. Apa-apa pon, tunggu entry freebies ni nanty tau :3 Kalau takde dekat blog ni maybe ada dekat blog munirah yang ni. *tak pasti nak upload dekat mana* Okay lah. entry sampai sini sahaja. Tata ! Assalamualaikum semua ;)
p/s : Terima Kasih kepada yang sudi membaca entry ni ^^
Labels: comel, doodle, freebies, ohhsem, Paint Tool Sai, Photoshop
Freebies Blogskin Part 13
Wednesday, 12 December 2012
Haii, Assalamualaikum ! Hari ni Munirah ada buat skin baru ! *semalam dah start buat* Skin tu lebih kurang sama dengan yang munirah guna ni. *lebih kurang sahaja* Tak sama sangat. Sebab bagi munirah, yang munirah buat ni, lebih menarik daripada yang munirah guna ni. Nak tengok ? Di bawah ni.
Ape pendapat korang pasal skin ni ? Okay tak ? Ataupon buruk. Maaf tau, munirah tak upload skin tu dekat blogskin. Malas lah nak upload dekat situ. :3 After this, maybe munirah akan terus upload skin dekat blog je. Dekat blogskin sampai yang ke 12 tu je kot. *nak try jugak upload dekat blog* By the way, kalau dekat blogskin, korang ambik, munirah tak tahu kan ? Tapi, kalau dekat blog, korang ambik, korang kena bagitau dulu. Tolong jangan buang credit tu okay ? Please. Lagi satu, kalau nak guna sebagai basecode, kena creditkan basecode tu dekat link munirah ye. Munirah buat rainbow pon, sebab munirah minat rainbow dah sejak akhir-akhir ni. HAHA. Apa-apa pon, ingat ye. Jangan buang credit, dan jangan lupa bagitau. Kalau ada apa-apa yang munirah tak creditkan, bagitau jugak ye.
p/s: Kalau nak copy code tu tekan right click okay ? Lagi satu, skin tu hanya boleh buat 1 entry sahaja. Kalau lebih, dia akan rosak. Harap korang faham.
Labels: blogskin, freebies
Freebies Background Header (Part 2)
Tuesday, 4 December 2012
Assalamualaikum, hai, hari ni munirah ada buat background header ~ Maaf kalau tak cantik. Kalau korang ada ambik tolong bagitau ye ? Thank you ~
Width : 800px
Labels: freebies, header
Untitled.
Thursday, 22 November 2012
Assalamualaikum ! Ape khabar ? Selamat Pagi , Tengahari, Petang dan Malam !
Munirah tak tahu nak update apa, look at this
Tak tahu lah siapa orangnya, tapi IP address dia tu dan dekat bawah tu sama kan ? Ini yang menjadi tanda tanya ni, memang pelik gila, siapalah yang boleh testing-testing pulak ni. Ish3, munirah tak tuduh okay ? Munirah tanya je, sebab nak kan kepastian . Tu je, jangan salah paham pulak ye -_-
Ni , ada freebies icon untuk awak semua ^^
Merah
Pink
Purple
Biru
Hijau
Kuning
Oren
Cara nak guna benda ni :
<a href="LINK"/><img src="IMAGE"/></a>
Biru tu untuk link facebook, twitter atau sebagainya
Merah tu pulak untuk link image kat atas ni
p/s : Kalau ambik tolong bagitau, ini satu AMARAN !
Labels: Blog, doodle, freebies, Paint Tool Sai, Tutorial
|
Review by Mun
Tempahan Doodle !
TEMPAHAN DAH DIBUKA SEMULA. Kindly whatsapp me kalau nak cepat serta memudahkan kerja anda dan juga saya. +60103806241

Hantar detail seperti ini di facebook/whatsapp saya :
Doodle Head
Doodle : *Lelaki/Perempuan*
Jenis : *Perempuan - Nyatakan jenis tudung* / *Lelaki - Nyatakan jenis rambut*
Warna : *Jelaskan warna atau bagi code warna*
Jenis background : *Transparent / Bergambar / Berwarna*
*Jika boleh sertakan gambar contoh*

Hantar detail seperti ini di facebook/whatsapp saya :
Single Doodle
Doodle : *Lelaki/Perempuan*
Jenis : *Perempuan - Nyatakan jenis pakaian serta tudung* / *Lelaki - Nyatakan jenis pakaian*
Posisi Doodle : *Berdiri / Duduk*
Warna : *Jelaskan warna atau bagi code warna*
Jenis background : *Transparent / Bergambar / Berwarna*
*Jika boleh sertakan gambar contoh*

Hantar detail seperti ini di facebook/whatsapp saya :
Doodle Couple
Doodle : *Lelaki & Perempuan* / *Perempuan & Perempuan* / Lelaki & Lelaki*
Jenis : *Perempuan - Nyatakan jenis pakaian serta tudung* / *Lelaki - Nyatakan jenis pakaian*
Posisi Doodle : *Berdiri / Duduk*
Warna : *Jelaskan warna atau bagi code warna*
Jenis background : *Transparent / Bergambar / Berwarna*
*Wajib sertakan gambar contoh*

Hantar detail seperti ini di facebook/whatsapp saya :
Doodle Family
Satu doodle RM10
Doodle dan bilangannya : *2 Lelaki / 2 Perempuan*
Jenis : *Perempuan - Nyatakan jenis pakaian serta tudung* / *Lelaki - Nyatakan jenis pakaian*
Posisi Doodle : *Berdiri / Duduk*
Warna : *Jelaskan warna atau bagi code warna*
Jenis background : *Transparent / Bergambar / Berwarna*
*Wajib sertakan gambar contoh*

Hantar detail seperti ini di facebook/whatsapp saya :
Wedding Doodle
Doodle : Lelaki & Perempuan
Jenis : Perempuan - *Nyatakan jenis pakaian dll* & Lelaki - *Nyatakan jenis pakaian dll*
Posisi Doodle : *Berdiri / Duduk*
Warna : *Jelaskan warna atau bagi code warna*
Jenis background : *Transparent / Bergambar / Berwarna*
*Wajib sertakan gambar contoh*
- Sebarang pertanyaan lain boleh terus bertanya kepada saya di facebook/whatsapp saya.
- Code warna anda boleh cari di sini, sini atau sini.
- Bayar RM9 ke bawah melalui topup maxis/celcom/digi.
- Bayar RM10 ke atas bank-in ye.
- Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan doodle.
- Setelah saya menyiapkan doodle anda, anda harus membayarnya dahulu sebelum saya menyerahkan doodle kepada anda.
- Aksesori seperti cermin mata, beg dll tidak dikenakan bayaran.
- Sebaik-baiknya, sertakan gambar contoh untuk memudahkan kerja saya.
p/s : Tiada doodle diberi percuma.
|