Tempahan Doodle (Kak Watin Wardah)
Wednesday, 4 June 2014

Assalamualaikum semua :) Sihat ? Macam mana holiday ? Okay ? Mesti ramai dah yang pergi melancong kan ? ^^ Anyway, this entry about tempahan doodle daripada Kak Watin Wardah :)

Doodlenya bertemakan gambar Mawar (isteri Fizo Omar).
Tak semestinya sebijik-sebijik macam dalam gambar.
Bergantung pada permintaan customer.
Saya hanya mengikut permintaan daripada customer saya je ^^


Dan ini hasilnya ...


Kalau ada yang ingin buat tempahan boleh terus contact saya di facebook ye :) Tiada had umur :3

p/s : Jangan kidnap doodle yang ada di dalam blog ini ye. Kerjasama anda amat dihargai.

Labels: , , ,





Tempahan Doodle (Kak Rosniwati)
Thursday, 29 May 2014

Assalamualaikum bloggers XD
Apa khabar ? Sihat ? Sorry lama tak update sebab busy dengan exam :3
Tapiiiii, apa yang menariknya cuti sekolah ni, dapat relax-relax sebab cikgu tak bagi homework XD

Okay, berbalik pada tajuk entry ni..
Haa, sebenarnya minggu lepas kak Rosniwati ada tempah doodle daripada saya..
Kak Rosniwati ni memang minat sangat dengan warna pink XD
Sebenarnya, saya jugak minat warna pink, sebab warnanya lembut, comel dan sebagainyalah XD
Ini dooodle yang ditempah oleh kak Rosniwati...




Peringatan ! Jangan sesekali curi doodle yang ada di dalam blog ni KECUALI freebies. Harap korang faham, saya cakap dengan manusia yang ada akal, bukannya dengan lembu.

Kalau nak, boleh order, dekat facebook saya.
Nak tengok detail, tekan button ni   dekat sidebar.

p/s : Kes kecurian dah berleluasa sekarang ni.

Labels: , ,





Selamat Hari Guru !
Thursday, 15 May 2014
Assalamualaikum semua, hari ni Munirah cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya menulis dan membaca dari PASTI Nurul Izzati, SK Bayas dan sekarang SMK Kedawang. Terima kasih banyak-banyak :) Jasa dan pengorbananmu sungguh bermakna :')


 p/s : Maaf tak boleh post panjang-panjang, sebab this week busy dengan Mid Year Exam :3

Labels: , ,





Tempahan Doodle (Aizat Anuar)
Friday, 25 April 2014

Assalamualaikum bloggers :) Hai ! Apa khabar semua ? Alhamduillah, tahun ni rezeki bertambah walaupun sedikit, Munirah tetap bersyukur :) Hari ni Munirah dapat siapkan satu lagi tempahan doodle daripada Aizat Anuar :) Ni doodle yang di tempah..


Maaf kalau tak cantik. Munirah tak pandai macam doodler-doodler yang lain. Diorang punya doodle semua cun-cun :) Anyway, thanks Aizat Anuar kerana sudi menempah doodle dari saya ^^ Tolong jangan kidnap doodle yang ada dalam blog ni ye. Kerjasama anda amat dihargai :) Jika berminat untuk menempah, sila pm saya di facebook. Katalog tempahan boleh rujuk dekat sidebar, yang ada tulis "Click Here To Order" tu :)

p/s : I LOVE DOODLING ^^

Labels: , ,





Tempahan Doodle (Eymasu Craft)
Friday, 18 April 2014

Assalamualaikum bloggers sekalian :) Apa khabar ? Sihat ? Rasa macam semalam baru update blog :3 *memang semalam pon* Today nak update lagi pasal tempahan doodle ! Kak ni ada tempah doodle from me. Gambar kat atas tu trailer je. Ni gambar full.



Mohon jangan ambil doodle di atas. Kalau saya dapati ada orang ciplak. Siaplah orang itu. Sila pm saya di facebook jika ingin menempah. Buat payment terlebih dahulu baru saya siapkan doodle anda.Tekan button ni  dekat sidebar untuk melihat katalog doodle saya.


Labels: , ,





Tempahan Doodle (Kak Rosniza)
Thursday, 17 April 2014

Assalamualaikum semua :) Apa khabar ? Sihat ? Dah lama tak update blog ni :3 Sebab tak tahu nak update pasal apa. Hari ni dah tahu dah :) Anyway malas la nak cakap panjang-panjang bukannya ada orang baca pon -.- Munirah buat doodle ni untuk Kak Rosniza. Thank you my dear kerana sudi order dekat saya :) Ini doodle yang ditempahnya.



Kepada yang ingin menempah, sila pm di facebook saya. Saya sentiasa mengalu-alukan tempahan anda ^^ Tapi ingat, kena buat PAYMENT dulu baru saya siapkan tempahan anda :) So, kalau yang rasa dah tunggu lama tapi saya tak buat jugak, maknanya anda belum buat payment lagi. Cepat-cepatlah buat payment tu ye :)
Tekan button ni  dekat sidebar jika anda ingin membuat tempahan.



p/s : Saya akan buat doodle masa homework tak ada. Tapi, time homework banyak kalau saya malas buat homework, saya akan siapkan doodle-doodle yang di tempah ^^
p/s : So, jangan risau pasal doodle kalau anda dan buat payment :) Tapi risaulah jika anda belum buat payment :)

Labels: , ,





Tempahan Doodle (Kak Huda)
Thursday, 27 February 2014

Assalaualaikum semua, nampak tak gambar kat atas tu ? Mestilah nampak kan ? Tu, tempahan doodle daripada kak Huda. Ni gambar penuh doodlenya ..

Okay tak ? Harap kak huda berpuas hati lah ye :) Sesiapa nak order doodle tu jangan segan-segan ye :)


(button ni ada dekat sidebar)

Kalau nak order tekan button tu dekat sidebar ye ? Sekiannn, Assalamualaikum ^^

p/s : Maaf, tahun ni maybe susah sikit nak update blog, busy dengan sekolah :3
p/s : Mohon jasa baik anda semua, jangan ambil/curi/copy doodle tu ye ?

Labels: , ,





2014 !
Saturday, 28 December 2013
*tolong jangan ambil gambar ni*

Assalamualaikum dan hai semua :) Selamat datang ke blog yang baru diubah suai ni :) Munirah pon dah lama tak edit blog, ni pon ubah sikit-sikit ja :) Tolong jangan ambil apa-apa benda dalam blog ni tanpa kebenaran ya ? Kecuali yang freebies sahaja. Blog ni tak boleh tekan right-click dan juga guna control key. Ianya adalah dilarang sekeras-kerasnya.

By the way, tempahan doodle dah dibuka ! *sebenarnya lama dah buka* Kalau nak order tekan banner dekat bawah ni atau gambar pixel dekat sidebar.


 Now, Munirah nak tanya, dah beli baju sekolah ? Beg sekolah ? Kasut sekolah ? Alat tulis dan sebagainya ? Mesti dah kan ? Sekolah pon dah nak start beberapa hari ja lagi. Harap korang dah bersedia :) Anyway, Munirah ada buat freebies doodle kembali ke sekolah, silakan ambil kepada yang nak ambil ye :)


Sampai di sini sahaja Entry Munirah pada kali ini :) Malas nak tulis panjang-panjang :3 Terima Kasih kepada yang sudi membaca ;)


Labels: , , , , ,





New Skin !
Sunday, 4 August 2013

Assalamualaikum semua ! Hai, apa khabar ? Korang sihat ? Munirah tak berapa sihat hari ni, demam :( And still rindu dekat arwah :( Korang perasan tak blog Munirah dah bertukar wajah ? Dulu lain, sekarang lain :3 Yang sekarang punya simple je, malas dah nak tambah macam-macam. Well, tengah pening kepala, memang lah tak da mood nak tambah-tambah :3 Korang suka tak ? Kalau tak suka tak pa, bagitau je, tak kesah pon.

Ni ada pantun raya sikit untuk korang, sila baca :

Ketupat rendang kueh bahulu, 
Enak dimakan bersama keluarga, 
Wahai teman wahai saudaraku, 
Mari bermaafan dihari raya. 

 Membeli diesel di kedai Ah Seng, 
 Untuk diisi di dalam pelita, 
 Baik si skema mahupun samseng, 
 Mohon ampun maaf dipinta.

Korang, Munirah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !! MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. By the way, hari ni disebabkan demam, TERINGAN tangan pulak nak bagi doodle free. Tapi warna sendiri okay ? Okay lah, selamat berbuka puasa jugak, puasa tu jangan la tinggal kalau takda sebab yang munasabah :) Assalamualaikum ^^


p/s : Doodle tu satu transparent, satu lagi tak. Korang pilih la sendiri ye. Maaf doodle lelaki tak ada. Takda idea nak buat.

Labels: , , , , , ,





LIMA '13
Saturday, 30 March 2013
Hai ! Assalamualaikum warga blogger :3 I'm back to the world of blogger #broken-english Today, Munirah nak share sikit-sikit je lah cerita tentang LIMA (Langkawi International Maritim And Aerospace Exhibition) 2013, yang bermula 26 March 2013 - 30 March 2013. Sangat-sangat lah awesome sebab Munirah stay Langkawi, so takde lah jauh sangat nak pergi tengok LIMA ni. Kalau tanya tentang JET ni bising atau tak, memang jawapannya tersangatlah BISING. Bergegar rumah :3 Haha. Tapi, berbaloi lah dapat tengok pertunjukan tu semua. LIMA akan datang pada cuti bulan March jugak 2015 nanti. Tak tahu dah nak cerita, kita tengok gambar je lah ye ? *gambar tak banyak sebab malas dah nak snap*












Actually, cuaca panas, so siapa yang pergi tengok, confirm muka dia burn. Dalam masa yang singkat, Munirah dapat siapkan satu doodle. Lama dah tak berdoodle ni. Rindunya :') Nak buat doodle pon tak tahu dah. Haha, tapi Munirah cuba buat jugak, Alhamdulillah, hasilnya macam ni lah

Tak pandailah nak buat peplum ni. Bukannya biasa pakai pon :3 Doodle dekat atas ni lebih kurang macam freebies jugak lah, silalah ambil *buat muka tak malu* Sampai di sini saja lah entry, malas nak tulis.

p/s : Video JET (LIMA) akan diupload bila ada masa. Sekian.

Labels: , , , , ,





Art Trade with Kak Safiena
Thursday, 21 February 2013
Hai, Assalamualaikum, Hari ni Munirah baru siapkan doodle art trade dengan Kak Safiena. DIa dah lama siapkan doodle munirah, tapi munirah je lambat nak siapkan doodle kak safiena ni. Homework tak menentu, latihan olahraga lagi, itu yang sibuk sangat tu. Hari ni baru berkesempatan nak siapkan. Ini doodle dari munirah :3


Sebenarnya, takde idea nak buat doodle macam mana, itu je yang mampu munirah buat. Anyway, korang nak tengok tak doodle dari kak safiena yang comel ni ?


Comel,cantik, lawa kan ? Hehe, Thanks ye kak safiena ^^

p/s : Semua art trade akan dipindahkan ke blog ini, blog lagi satu akan ditutup. Doodle di atas bukan freebies. Harap maklum.

Labels: , ,





Everything New
Sunday, 10 February 2013
Hai ! Assalamualaikum semua :3 Ape khabar ? Sihat ke ? Lamanya Munirah tak update. Well, start je sekolah terus busy. Terutama dengan homework :3 Setiap 1 hari kalau takde homework tak dinamakan form 3 lah :3 Lahaiii, penat gila. Homework korang mesti lagi banyak kan ? Sape form 3 ? Kita geng ! Hehe,  adalah hari tu satu hari, munirah dengan rajinnya membuat doodle for my fanpage profile picture. Ini gambarnya.

Ini pon sempat buat selepas homework siap :3 Nak melukis tu sekejap je, nak mewarna tu yang lama :3 Haha, By the way, korang semestinya perasan kan tentang kewujudan rupa baru blog ni. LOL, takde lah baru, still guna skin yang sama, cuma buat pembaikan je. Ape pendapat korang tentang skin ni ? Okay atau KO ? Haha, kidding okay :3 Di samping itu, *macam nak buat karangan je* Munirah ada jugak buat freebies doodle. Tapi hanya kepala sahaja :) Look at this picture.

*tekan gambar untuk pergi ke link freebies*

Cute tak ? LOL. Kalau dah ambik tu, bagitau lah dulu ye :) Ada 16 warna sahaja. *limited edition* . Korang, Munirah nak pesan ni, tolong lah jangan ambil icon dekat shoutbox tu, sebab yang tu munirah buat sendiri. Munirah tahu ada orang yang ambil. Terutama icon ni, , dan . Sebab ada blog yang ambil, itu yang munirah pesan ni. Kali ni, tolonglah jangan buat lagi. Sampai sini sahaja, Sekian entry saya pada hari ni. Assalamualaikum, jumpa lagi ^^

p/s : Kalau nak tunggu entry yang baru, lama la sikit nak update, faham-2 je lah ^^

Labels: , , , ,







Blog Owner
FOLLOW
I'm Munirah and this is my official blog. Do not open my page source please. Copyright by me. All the pixel I got from Pixel Dreams.

Facebook ~ Twitter ~ Instagram
TUTORIAL
FREEBIES
Ask me
Review by Mun